Sony DSC-HX300 User Manual Page 148

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 267
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 147
MY
26
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis-percikan, mahupun kalis-air.
Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang tugas
mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan kamera.
Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang
tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu, media rakaman
mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin rosak.
Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik,
badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang
tugas.
Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
Berhampiran lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat, memancarkan
sinaran atau merupakan kawasan magnet yang kuat. Jika tidak, kamera mungkin
tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati dan jangan biarkan pasir atau debu memasuki kamera. Ini mungkin
menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini
tidak boleh dibaiki.
Lensa Carl Zeiss
Kamera ini dilengkapi dengan lensa Carl Zeiss yang berupaya menghasilkan imej
yang tajam dengan kontras yang sangat baik. Lensa bagi kamera ini telah dihasilkan
di bawah sistem jaminan kualiti yang disahkan oleh Carl Zeiss mengikut piawaian
kualiti Carl Zeiss di negara Jerman.
Nota tentang skrin dan kanta
Skrin diperbuat menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi, maka lebih
daripada 99.99% piksel boleh beroperasi untuk penggunaan yang berkesan. Walau
bagaimanapun, beberapa titik hitam dan/atau titik cerah yang halus (putih, merah,
biru atau hijau) mungkin muncul pada skrin. Titik-titik ini adalah normal dalam
proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas disebabkan penggunaan berterusan,
tetapi ini bukan suatu pincang tugas.
Page view 147
1 2 ... 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 ... 266 267

Comments to this Manuals

No comments