Sony DSC-HX300 User Manual Page 130

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 267
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 129
MY
8
Jika lampu Kuasa/Cas pada kamera berkelip apabila Penyesuai AU tersambung ke
salur keluar dinding, ini menunjukkan bahawa pengecasan dihentikan sementara
kerana suhu berada di luar julat yang disarankan. Apabila suhu kembali ke dalam
julat yang sesuai, pengecasan menyambung semula. Kami mengesyorkan agar
pengecasan pek bateri dilakukan dalam suhu ambien antara 10°C hingga 30°C.
Pek bateri mungkin tidak dapat dicas dengan berkesan jika bahagian terminal
bateri kotor. Dalam hal ini, dengan perlahan lapkan apa-apa habuk menggunakan
kain lembut atau kapas kesat untuk membersihkan bahagian terminal bateri.
Sambungkan Penyesuai AU (yang dibekalkan) ke salur keluar dinding terdekat.
Jika apa-apa pincang tugas berlaku ketika menggunakan Penyesuai AU, cabut
palam dari salur keluar dinding dengan serta-merta untuk memutuskan punca
kuasa.
Apabila pengecasan telah selesai, tanggalkan Penyesuai AU dari salur keluar
dinding.
Pastikan anda hanya menggunakan pek bateri, kabel mikro USB (yang
dibekalkan) dan Penyesuai AU (yang dibekalkan) jenama Sony yang tulen.
x
Masa pengecasan (Cas penuh)
Masa pengecasan adalah lebih kurang 230 min. menggunakan Penyesuai AU
(yang dibekalkan).
Masa pengecasan di atas digunakan apabila mengecas pek bateri yang kehabisan
kuasa sepenuhnya pada suhu 25°C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih
lama bergantung pada syarat-syarat penggunaan dan keadaan.
x
Mengecas dengan menyambung kepada komputer
Pek bateri boleh dicas dengan menyambungkan kamera ke komputer
menggunakan kabel mikro USB.
Perhatian
Perhatian
Ke satu jek USB
Page view 129
1 2 ... 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 ... 266 267

Comments to this Manuals

No comments