
MY
10
• Kuasa tidak boleh dibekalkan jika pek bateri tidak dimasukkan dalam kamera.
• Apabila kamera disambungkan terus ke komputer atau salur keluar kuasa
menggunakan Penyesuai AU yang dibekalkan, bekalan kuasa hanya boleh didapati
dalam mod main balik. Jika kamera berada dalam mod rakaman atau semasa anda
menukar pengesetan kamera, kuasa tidak dibekalkan walaupun anda membuat
sambungan USB menggunakan kabel USB khas.
• Jika anda menyambungkan kamera dengan komputer menggunakan kabel USB
khas sementara kamera berada dalam mod main balik, paparan pada kamera akan
berubah dari skrin main balik kepada skrin sambungan USB. Tekan (Main
balik) pada butang kawalan untuk beralih kepada skrin main balik.
• Penyesuai AU AC-UD11 (dijual berasingan) mungkin tidak boleh didapati di
sesetengah negara/kawasan.
Perhatian
Memasukkan kad ingatan (dijual berasingan)
1
Buka penutup.
2
Masukkan kad ingatan (dijual berasingan).
• Dengan bucu bertakuk menghadap arah seperti yang ditunjukkan,
masukkan kad ingatan sehingga kedengaran bunyi klik.
3
Tutup penutup.
Pastikan bucu bertakuk
menghadap arah yang
betul.
Comments to this Manuals